Friday, February 12, 2016

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS

Frequently asked questions atau soalan soalan lazim yang ditanya oleh customer:


1. Q: Produk TEMYRACLE ni halal tak?
    A: TEMYRACLE adalah produk homemade yang dibancuh sendiri oleh staff Islam & pemiliknya juga adalah Islam. Kami hanya menggunakan bahan bahan semulajadi sahaja dan tidak melibatkan  chemical yang merbahaya.

2. Q: Ada KKM tak?
    A: Alhamdulillah, produk TEMYRACLE telah mendapat kelulusan KKM pada 24 Disember 2016. Disini adalah notification number bagi setiap produk TEMYRACLE:

coffee scrub               NOT161204549K
lipscrub                     NOT161204544K
rice milk soap            NOT161204545
whitening body scrub NOT161204546K
detox mask               NOT161204547K
face scrub                 NOT161204548K

3. Q: Body Scrub boleh pakai kat muka tak?
    A: Sebenarnya bodyscrub ni tak boleh pakai kat muka, tapi since ramai customer pakai kat muka & bagi feedback muka diorang jadi licin & cerah, ramai customer lain yang ikut. Jadi jawapan kami adalah boleh, tetapi tanggungjawab sendiri.

4. Q: Apa beza warna warna bodyscrub tu?
    A: Bezanya hanya flavour sahaja. Fungsi dan bahan bahan lain adalah sama.

5. Q: Bodyscrub yang mana wangi ya?
    A: Bodyscrub kami semuanya wangi kerana kami pilih sendiri bau yang diletakkan dalam bahan bahan, Wangi sesuatu produk itu bergantung pada kesukaan customer seperti membeli perfume. Disini kami sertakan guidelines untuk memilih bau yang anda suka:

Mixed Fruit (purple) - bau manis
Tomato (oren) - bau fresh
Milk n Youghurt (putih) - bau lembut dan mild 

6. Q: Sabun ni boleh pakai kat muka tak?
    A: Sabun ni boleh digunakan pada muka dan badan. Guna macam biasa sebagai pencuci muka atau sabun mandi.

7. Q: Berapa kali kena pakai? boleh pakai hari hari ke?
    A: Sebarang scrub hanya boleh digunakan 2-3 kali sahaja seminggu untuk mengelakkan 'overscrubbing'. Sabun boleh digunakan setiap hari, 2 kali sehari.

8. Q: Kulit kering boleh pakai tak sabun ni?
    A: Kami tak galakkkan mereka yang mempunyai masalah kulit kering untuk guna sabun ni kerana sifatnya untuk mengurangkan minyak jadi ia mungkin agak sedikit mengeringkan kulit.

9. Q: Kalau pakai sabun ni boleh tak pakai pencuci muka lain?
    A: Boleh. tapi sabun ni fungsinya sebagai pencuci muka. kalau rajin boleh cuci muka 2 kali.

10. Q: Berapa lama saya akan nampak kesan kalau pakai produk ni?
      A: Kesan produk TEMYRACLE berbeza atas setiap individu. Kebiasaannya dalam seminggu dah nampak kesan.

11. Q: Apa beza coffee scrub dan face scrub?
      A: Coffee scrub ni fungsinya lebih kepada merawat kulit kering dan berjerawat. Face scrub pula untuk menghaluskan kulit.

12. Q: Produk ni tahan berapa lama ya? 
      A: Dari segi penggunaan, produk TEMYRACLE mampu bertahan 1-2 bulan. Dari segi tarikh luput ataupun shelf life, ini adalah senarainya:

face scrub                  3 bulan
whitening bodyscrub   6 bulan
rice milk soap             6 bulan
cofffee scrub              3 bulan
lipscrub                     3 bulan
detox mask                2 bulan

ini adalah shelf life yang sebenar benarnya untuk produk TEMYRACLE. kalau nak tahan lebih lama, letak dalam peti sejuk. kalau selepas shelf life tamat , nak guna jugak, tengok kepada perubahan bau, atau tekstur. kalau ada bau yang kurang menyenangkan, inshaAllah boleh guna.

13. Q: Kenapa bila saya pakai detox mask ni kulit saya keluar biji biji kecil?
      A: Pertama sekali, adakah anda mempunyai masalah resdung? jika ya, adalah sangat normal bagi penghidap resdung untuk mengalami simptom di atas kerana kunyit di dalam detox mask berfungsi sebagai penawar resdung. kami cadangkan anda guna detox mask bersama coffee scrub selama 2-3 kali seminggu secara konsisten sehingga kulit betul betul bersih.


Feel free to drop your comment kalau ada sebarang persoalan yang tak terjawab ya. Terima kasih :)



2 comments:

  1. mcm mna eh klau sy nak jadi agent..

    ReplyDelete
  2. Kenapa detox mask sy semut suka ??? It is not pure honey in there ?

    ReplyDelete